Sejak dua menjak nie banyak dugaan yang datang, tapi aku harus berfikiran positif dan bersyukur kerana mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Sesekali memang rasa tak sanggup nak menghadapinya tetapi tak boleh nak buat ape-ape kerana hanya "KESABARAN" dan terus berusaha untuk merubah semuanya.
Aku berdoa kepada-Nya agar memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan ini kerana aku yakin akan ada hikmah dan REZEKI BARU untuk kehidupan ku nanti cuma aku harusla mengubah keadaan kehidupan aku agar sentiasa diberi keberkatan oleh Nya.
Dugaan ini membuat aku menyesali akan kealpaan aku selama ini dalam kehidupan. Leka dalam semua aspek. Semoga Allah S.W.T. memberi rahmat kepada aku sekeluarga... AMIN